Tuesday, September 14, 2010

Satu gereja masuk Islam


Apa yang aku tulis ini adalah berdasarkan satu video yang aku tonton dan aku percaya ramai dikalangan kita sudah menonton video tersebut. Cuma aku ingin menceritakan kembali apa yang diceritakan oleh tok khatib dlm video tersebut. Ceritanya begini, seorang Melayu Islam telah melanjutkan pelajaran untuk menyambung PHD di USA. Melayu ini mempunyai seorang kawan orang putih disana yang beragama kristian. Hubungan mereka sangat rapat, ke mana saja pergi mereka sentiasa bersama. Dalam keeratan hubungan mereka, masing2 cuba menarik antara satu sama lain untuk memeluk agama. Si Islam cuba menarik perhatian si kristian tersebut agar kawannya tersebut masuk Islam. Manakala si kristian tersebut juga berusaha untuk mengkristiankan kawan Islamnya tersebut.

Pada satu hari, si kristian tersebut mengajak kawannya si Melayu Islam untuk menemaninya bersembahyang di sebuah gereja. Si Islam ini serba salah hendak mengikut kawannya tersebut. Akhir sekali, si Islam tersebut setuju mengikut kawannya tersebut ke gereja atas dasar kawan rapat.Bila sampai digereja, keadaan penuh sesak sehingga tiada tempat duduk untuk mereka berdua. Last2, ada juga tempat duduk dihujung. Apabila mereka duduk, ketua/bapak paderi mula masuk ke dewan gereja untuk menyampaikan ucapan. Ketua Paderi itu mengatakan,"saya tidak akan memberi ucapan selagi seorang orang asing tidak keluar daripada gereja ini". Hadirin terpinga-pinga dan memandang antara satu sama lain. Paderi tersebut mengatakan sekali lagi,"saya tidak akan memberi ucapan selagi orang asing tersebut tidak keluar daripada gereja ini". Si Islam tersebut sedar bahawa dialah orang yang dimaksudkan paderi tersebut, dia bertanya kepada kawannya yang kristian yg duduk disebelahnya samada dia perlu keluar atau tidak. Kawannya menyuruh dia terus duduk di dalam gereja tersebut. Ketua Paderi sekali lagi menyatakan dengan keras,"saya tidak akan memberi ucapan sekali seorang Muslim tidak keluar dari dewan ini!". Si Islam terus duduk dan tidak berganjak. Menyedari hal ini, ketua paderi tadi terus mara ke hadapan si Islam dan mengatakan kepadanya, " kau muslim!, jadi kau kena keluar dari dewan ini, kau tidak layak duduk dalam gereja ini!". Lantas, si Muslim tersebut mempersoalkan mengapa dia harus keluar sedangkan dia tidak berbuat apa-apa kesalahan pun. Lantas, si bapak paderi tadi membuat syarat sekiranya si Muslim tadi ingin duduk dalam gereja tersebut, maka dia harus menjawab kesemua 32 soalan daripada si paderi.Dipendekkan cerita, si Muslim tadi berjaya menjawab kesemua soalan tersebut.Lantas si bapak paderi menyuruhnya duduk.

Namun, si Muslim tadi menyatakan bahawa dia tidak akan duduk sekiranya si bapak paderi itu tidak menjawab satu soalan yang akan ditanya olehnya. Muka si ketua paderi merah padam. Ketua Paderi tersebut menyatakan dia tidak akan menjawab salan yang akan ditanya itu. Hadirin bingkas menyuruh ketua paderi tersebut menjawab soalan yang akan ditanyakan si Muslim. Lantas si Muslim tersebut menanyakan kepada paderi tersebut, "Apakah kunci syurga ?" Muka paderi merah padam, dia mengatakan dia tidak akan menjawab soalan tersebut.Seluruh hadirin daam gereja tersebut lantas memaksa bapak paderi tersebut menjawab soalan si Muslim itu. Ketua Paderi tersebut enggan menjawab pertanyaan si Muslim tersebut. Hadirin terus memaksa paderi tersebut menjawab soalan itu . Si ketua paderi menyatakan sekiranya dia menjawab soalan itu nanti semua hadirin akan marah kepadanya. Hadirin mendesak dan mengatakan mereka akan membantu bapak paderi untuk menjawab soalan tersebut. Akhirnya, paderi tersebut menjawab, "kunci syurga..kunci syurga..kunci syurga ialah LAILAHAILALLAH MUHAMMADURASULLULAH!" Apabia mendengar jawapan tersebut, seluruh dewan senyap sunyi seketika. Kemudian bangun sebilangan audien menyatakan kenapa paderi mengatakan sedemikian? Lalu si bapak paderi tadi menjawab sebenarnya terdapat dalam hadis Nabi Muhammad s.a.w. menyatakan " sesiapa mengucapkan LailahaillAllah akan masuk syurga( who says LailahailAllah will enter the heaven)". Kemudian audien bangun mengatakan kenapa bapak paderi tidak mengajarkan mereka sedemikian selama ini? Lalu bapak paderi itu mengatakan bahawa dia selama ini mengajarkan mereka menyembah kristian sebab dia ada kepentingan peribadi. Bapak paderi tersebut mengatakan bahawa sebenarnya dia target bila dia nak mati nanti dia nak megucap LailahaillAllah dan dia akan masuk syurga. Maka apabila mendengar tentang itu, seluruh audien pun bangun lalu mengatakan " kami pun ingin mengucapkan ayat itu!". Lalu seluruh audien di dalam dewan gereja tersebut secara beramai-ramai mengucapkan "LailahaillAlah Muhammadurrasuullah!" Akhirnya, satu gereja memeluk Islam.

Peristiwa yang diceritakan tadi berlaku di bulan ramadhan tetapi tidak disiarkan di mana-mana media massa. Kita perlu tahu bahawa semua ini adalah taufiq dan hidayah Allah sebagaimana firman Allah dalam Surah al-Anbiya ayat 107: "..dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam. "

No comments:

Post a Comment