Monday, September 20, 2010

Salah satu daripada kejayaan yahudi..


Sedarlah wahai kaum muslimin dan muslimat! marilah kita sama-sama berubah! Tinggalkan segala bentuk hiburan yang melalaikan!

Wednesday, September 15, 2010

Nasyid: Cita-citaku Islam Gemilang

video

Best nasyid ni. Sejak kecil lagi aku suka dengar. Hayatilah lagu dan liriknya. Semoga ia menjadi pembakar semangat kepada kita semua!

cita-citaku islam gemilang
cita-citaku daulahnya berulang
cita-citaku islam cemerlang
cita-citaku islam tinggi menjulang

kawan mari susun barisan
kita mara ke hadapan
mari berjuangkan islam
kita tagih yang dijanjikan

kawan mari kumpulkan tenaga
kita korbankan harta punya
jangan kita buang masa percuma

kawan mari kumpulkan tenaga
kita korbankan harta punya
berjuangkan hingga berjaya

kawan jangan tunggu² lagi
jangan berangan² yang merugi
dunia menipu kita hindarkan
cita² islam kita tunaikan

ayuh mari mara kehadapan
jangan buang masa lagi
inilah masanya tunjukkan bukti

ayuh mari mara kehadapan
jangan buang masa lagi
kalau benar cintakan islam

oleh: Nada Murni

Tuesday, September 14, 2010

Satu gereja masuk Islam


Apa yang aku tulis ini adalah berdasarkan satu video yang aku tonton dan aku percaya ramai dikalangan kita sudah menonton video tersebut. Cuma aku ingin menceritakan kembali apa yang diceritakan oleh tok khatib dlm video tersebut. Ceritanya begini, seorang Melayu Islam telah melanjutkan pelajaran untuk menyambung PHD di USA. Melayu ini mempunyai seorang kawan orang putih disana yang beragama kristian. Hubungan mereka sangat rapat, ke mana saja pergi mereka sentiasa bersama. Dalam keeratan hubungan mereka, masing2 cuba menarik antara satu sama lain untuk memeluk agama. Si Islam cuba menarik perhatian si kristian tersebut agar kawannya tersebut masuk Islam. Manakala si kristian tersebut juga berusaha untuk mengkristiankan kawan Islamnya tersebut.

Pada satu hari, si kristian tersebut mengajak kawannya si Melayu Islam untuk menemaninya bersembahyang di sebuah gereja. Si Islam ini serba salah hendak mengikut kawannya tersebut. Akhir sekali, si Islam tersebut setuju mengikut kawannya tersebut ke gereja atas dasar kawan rapat.Bila sampai digereja, keadaan penuh sesak sehingga tiada tempat duduk untuk mereka berdua. Last2, ada juga tempat duduk dihujung. Apabila mereka duduk, ketua/bapak paderi mula masuk ke dewan gereja untuk menyampaikan ucapan. Ketua Paderi itu mengatakan,"saya tidak akan memberi ucapan selagi seorang orang asing tidak keluar daripada gereja ini". Hadirin terpinga-pinga dan memandang antara satu sama lain. Paderi tersebut mengatakan sekali lagi,"saya tidak akan memberi ucapan selagi orang asing tersebut tidak keluar daripada gereja ini". Si Islam tersebut sedar bahawa dialah orang yang dimaksudkan paderi tersebut, dia bertanya kepada kawannya yang kristian yg duduk disebelahnya samada dia perlu keluar atau tidak. Kawannya menyuruh dia terus duduk di dalam gereja tersebut. Ketua Paderi sekali lagi menyatakan dengan keras,"saya tidak akan memberi ucapan sekali seorang Muslim tidak keluar dari dewan ini!". Si Islam terus duduk dan tidak berganjak. Menyedari hal ini, ketua paderi tadi terus mara ke hadapan si Islam dan mengatakan kepadanya, " kau muslim!, jadi kau kena keluar dari dewan ini, kau tidak layak duduk dalam gereja ini!". Lantas, si Muslim tersebut mempersoalkan mengapa dia harus keluar sedangkan dia tidak berbuat apa-apa kesalahan pun. Lantas, si bapak paderi tadi membuat syarat sekiranya si Muslim tadi ingin duduk dalam gereja tersebut, maka dia harus menjawab kesemua 32 soalan daripada si paderi.Dipendekkan cerita, si Muslim tadi berjaya menjawab kesemua soalan tersebut.Lantas si bapak paderi menyuruhnya duduk.

Namun, si Muslim tadi menyatakan bahawa dia tidak akan duduk sekiranya si bapak paderi itu tidak menjawab satu soalan yang akan ditanya olehnya. Muka si ketua paderi merah padam. Ketua Paderi tersebut menyatakan dia tidak akan menjawab salan yang akan ditanya itu. Hadirin bingkas menyuruh ketua paderi tersebut menjawab soalan yang akan ditanyakan si Muslim. Lantas si Muslim tersebut menanyakan kepada paderi tersebut, "Apakah kunci syurga ?" Muka paderi merah padam, dia mengatakan dia tidak akan menjawab soalan tersebut.Seluruh hadirin daam gereja tersebut lantas memaksa bapak paderi tersebut menjawab soalan si Muslim itu. Ketua Paderi tersebut enggan menjawab pertanyaan si Muslim tersebut. Hadirin terus memaksa paderi tersebut menjawab soalan itu . Si ketua paderi menyatakan sekiranya dia menjawab soalan itu nanti semua hadirin akan marah kepadanya. Hadirin mendesak dan mengatakan mereka akan membantu bapak paderi untuk menjawab soalan tersebut. Akhirnya, paderi tersebut menjawab, "kunci syurga..kunci syurga..kunci syurga ialah LAILAHAILALLAH MUHAMMADURASULLULAH!" Apabia mendengar jawapan tersebut, seluruh dewan senyap sunyi seketika. Kemudian bangun sebilangan audien menyatakan kenapa paderi mengatakan sedemikian? Lalu si bapak paderi tadi menjawab sebenarnya terdapat dalam hadis Nabi Muhammad s.a.w. menyatakan " sesiapa mengucapkan LailahaillAllah akan masuk syurga( who says LailahailAllah will enter the heaven)". Kemudian audien bangun mengatakan kenapa bapak paderi tidak mengajarkan mereka sedemikian selama ini? Lalu bapak paderi itu mengatakan bahawa dia selama ini mengajarkan mereka menyembah kristian sebab dia ada kepentingan peribadi. Bapak paderi tersebut mengatakan bahawa sebenarnya dia target bila dia nak mati nanti dia nak megucap LailahaillAllah dan dia akan masuk syurga. Maka apabila mendengar tentang itu, seluruh audien pun bangun lalu mengatakan " kami pun ingin mengucapkan ayat itu!". Lalu seluruh audien di dalam dewan gereja tersebut secara beramai-ramai mengucapkan "LailahaillAlah Muhammadurrasuullah!" Akhirnya, satu gereja memeluk Islam.

Peristiwa yang diceritakan tadi berlaku di bulan ramadhan tetapi tidak disiarkan di mana-mana media massa. Kita perlu tahu bahawa semua ini adalah taufiq dan hidayah Allah sebagaimana firman Allah dalam Surah al-Anbiya ayat 107: "..dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam. "

Sunday, September 12, 2010

10 Pembohongan Besar Media Tentang Israel..

Info ini diambil daripada laman Haluan Palestin. Silalalah anda semua baca.

Seorang jurnalis dan pengarang yang berasal dari Belgium, Michel Collon, mengecam media Eropah kerana sikap mereka yang telah berabad-abad berbohong kepada masyarakat awam semata-mata untuk memberi sokongan kepada negara haram Israel. Melalui buku beliau yang bertajuk Israel, let’s talk about it, Collon telah menyenaraikan “10 pembohongan besar” yang telah disebarkan oleh media Barat bagi “menjustifikasi kewujudan dan tindakan-tindakan kejam rejim Zionis Israel”.

Berikut adalah pembohongan-pembohongan yang dimaksudkan:

1. Pembohongan pertama adalah bahawa negara haram Israel tertubuh sebagai reaksi kepada pembunuhan beramai-ramai kaum Yahudi ketika peperangan dunia kedua. Dakwaan ini sangat tidak betul, kerana penubuhan Israel pada hakikatnya adalah sebuah perancangan tirani yang kejam dan otokratik, yang telah dipersetujui oleh Kongres Zionis yang pertama di Basel, Switzerland pada tahun 1897. Dari sinilah puak-puak nasionalis Yahudi memutuskan untuk menakluk dan menzalimi Palestin.

2. Justifikasi kedua bagi mereka mendirikan negara haram Israel adalah bahawa kaum Yahudi kembali ke bumi nenek moyang mereka, dari mana mereka telah dihalau pada tahun 70 A.D. Ini hanyalah satu cerita dongeng! Collon telah berbincang dengan beberapa orang tokoh sejarah Israel, termasuklah Shlomo Sand, dan mereka semua percaya bahawa tidak pernah berlaku pemindahan beramai-ramai kaum Yahudi. Jadi “kembali ke bumi asal” adalah suatu yang tidak benar. Mereka yang menetap di Palestin pada zaman lampau tidak pernah meninggalkan bumi itu.

Malahan keturunan Yahudi yang berasal dari Palestin adalah mereka yang sekarang ini tinggal di Palestin. Mereka yang mendakwa untuk kembali ke bumi Palestin adalah sebenarnya berasal daripada Barat, Eropah Timur dan Afrika Utara.

Shlomo Sand menegaskan bahawa tidak pernah wujud sebuah negara Yahudi. Malahan, puak-puak Yahudi tidak pernah mempunyai persamaan dalam sejarah, bahasa mahupun budaya. Satu-satunya perkara yang mempunyai persamaan antara mereka adalah agama, dan agama tidak membentuk sebuah negara.

3. Pembohongan ketiga adalah bahawa ketika pendatang-pendatang Yahudi memasuki dan menduduki Palestin, bumi tersebut merupakan sebuah negara yang “kosong’ dan tidak diduduki. Sesungguhnya terdapat dokumen-dokumen dan bukti-bukti yang mengesahkan terdapat transaksi mengekspot barangan pertanian daripada Palestin ke negara-negara luar, termasuk Perancis, dalam abad ke sembilan belas.

4. Keempat, ada pihak yang mendakwa bahawa rakyat Palestin meninggalkan negara mereka secara sukarela. Ini adalah satu lagi pembohongan besar yang dipercayai ramai, termasuklah Collon sendiri, sehinggalah tokoh-tokoh sejarah Israel seperti Benny Morris dan Ilan Pappe menyatakan bahawa warga Palestin telah dihalau dan dihapuskan dari tanahair mereka melalui kekerasan, jenayah dan kekejaman.

5. Dikatakan bahawa negara Zionis Israel yang wujud hari ini adalah satu-satunya negara yang mengamalkan demokrasi di Timur Tengah, jadi negara itu harus dilindungi kerana ianya adalah sebuah negara yang menegakkan undang-undang.

Tetapi menurut Collon, bukan sahaja Israel sebuah negara yang tidak menegakkan undang-undang, malahan Israel juga adalah satu-satunya negara yang tidak mempunyai undang-undang yang dapat menjelaskan di mana wilayah dan sempadan negaranya.

Semua negara di dunia ini mempunyai undang-undang atau konstitusi yang memberi denifisi jelas berkenaan wilayah dan sempadan negara mereka, tetapi perkara ini tidak pernah wujud bagi negara Israel. Israel hanyalah sebuah projek penaklukan yang berkembang tanpa mengenal sempadan, dan undang-undang yang ada bagi negara tersebut benar-benar berbentuk perkauman. Menurut undang-undang mereka, Israel adalah sebuah negara untuk Yahudi dan penduduk Israel yang bukan daripada keturunan Yahudi tidak diiktiraf sebagai manusia. Adakah undang-undang seperti ini membentuk sebuah demokrasi?

6. Amerika dikatakan cuba menegakkan demokrasi di Timur Tengah dengan membantu dan mempertahankan negara Israel. Kita semua maklum bahawa bantuan kewangan tahunan Amerika kepada Israel mencecah sehingga USD 3 bilion. Dana ini sebenarnya digunakan untuk menghancurkan negara-negara yang berjiran dengan Israel.

Amerika tidak pernah menegakkan demokrasi di Timur Tengah, mereka mungkin hanya membantu mengukuhkan pemerintah yang sedia ada dan penguasaan kekayaan minyak di wilayah tersebut.

7. Mereka mendakwa Amerika membantu usaha mencapai persetujuan dalam perjanjian antara Israel dan Palestin. Ini juga suatu yang tidak benar dan pembohongan. Mantan Ketua Polisi Luar Kesatuan Eropah, Javier Solana pernah menyebut bahawa Israel adalah negara yang ke-21 dalam Kesatuan Eropah. Industri pertahanan Eropah bekerjasama dengan industri pertahanan Israel dan malahan membantu mereka dari segi kewangan. Tetapi apabila rakyat Palestin memilih pemerintah kerajaan mereka, negara-negara Eropah tidak mahu mengiktirafnya dan membenarkan Israel menyerang dahsyat bumi Gaza.

8. Apabila seseorang bercakap tentang perkara-perkara seperti ini dan juga sejarah pergolakan Israel dan Palestin, apabila seseorang mendedahkan kepentingan Amerika terhadap isu ini, dia akan didakwa sebagai anti-semit untuk memberi tekanan supaya beliau menutup mulut.

Tetapi kita harus menyebut bahawa bilamana kita mengkritik Israel, itu bukanlah suatu bentuk perkauman atau anti-semitism. Kita mengkritik sebuah kerajaan yang tidak mengiktiraf persamaan antara pemganut-penganut Yahudi, Kristian dan Islam, dan seterusnya menghapuskan keharmonian di kalangan penganut-penganut agama yang berbeza.

9. Media massa juga mendakwa bahawa rakyat Palestin melakukan jenayah dan keganasan. Kita percaya bahawa penaklukan secara kejam yang dilakukan oleh tentera Israel adalah sebenarnya satu jenayah dan keganasan, begitu juga dengan polisi mereka merampas tanah dan rumah-rumah milik rakyat Palestin adalah satu keganasan yang nyata. Rakyat Palestin hanyalah mempertahankan hak dan bumi milik mereka daripada jenayah dan keganasan Israel.

10. Ramai yang mengatakan bahawa tidak ada langsung harapan untuk menyelesaikan konflik ini, dan tidak akan ada penyelesaikan terhadap kebencian yang terbentuk akibat aksi-aksi ganas Israel dan sekutunya.

Percayalah di sana ada satu penyelesaian. Salah satu perkaya yang dapat menghentikan konflik ini adalah dengan memberi tekanan terhadap Israel, Amerika, Eropah dan sekutu-sekutu mereka yang lain. Media massa perlu diberi tekanan supaya memberitakan apa yang benar dan menghentikan pembohongan.

Gunakan internet dan apa sahaja media yang ada bagi menyebarkan perkara yang sebenarnya berkenaan Palestin dan apa yang berlaku di sana.

Saturday, September 11, 2010

Doa Qunut Nazilah..




*sila klik untuk pembesaran.

Boikot barangan Israel!


*sila klik untuk pembesaran.

Yahudi mencucuk melalui "barangan buatannya "..

Sedar tidak sedar bahawa kita bukan sekadar disesatkan yahudi dan agen2 dajal hanya dalam perkara2 besar malah dari sekecil-sekecil perkara seperti dalam aspek pemakanan yahudi telah lama mencucuk jarumnya kepada umat Islam agar umat Islam menjadi lemah dan bodoh lalu bebal hati untuk mengingati Allah. Di sini saya senaraikan beberapa info yang saya ambil dari sebuah artikel tentang makanan yang diperkotak katikan oleh yahudi laknatullah. Nabi ada bersabda " berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu,Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar,maka berjaga-jagalah kamu supaya tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil".

Antara “barangan buatan” yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita:
1. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam.Tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut kafir ke nak ikut Nabi Muhammad S.A.W. ? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. So kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.
2.Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan.Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi Muhamad selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi di tangan mereka.


3.Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan kegemaran Nabi Muhamad. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita.Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.

4.Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.

5.Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat, contohnya coke dan maggi. Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi).

6.Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ni gak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan.
selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wanita. pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.

Secara kesimpulannya para kafir ajen Al-Masih Dajjal ni bukan setakat melemahkan kita dari segi lain namun secara pemakanan kita jua.

Firman Allah:"Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik,dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan,kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu".-Surah Al-Baqarah(Ayat 168)

Firman Allah:"Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu,
iaitu yang halal lagi baik dan bertakwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman".-Surah Al-Maidah(Ayat 88)

Firman Allah:"Oleh itu, makanlah (wahai orang-orang yang beriman) dari apa yang telah dikurniakan Allah kepada kamu dari benda-benda yang halal lagi baik,dan bersyukurlah akan nikmat Allah,jika benar kamu hanya menyembahNya semata-mata".- Surah An-Nahlu (Ayat 114)